Terma & Syarat Pembaca

Dengan mendaftar dan menggunakan JomBaca sebagai pembaca, anda bersetuju dengan terma berikut.

1. Keperluan Akaun

Anda mesti mempunyai akaun berdaftar untuk membaca kandungan di JomBaca. Umur, jantina dan lokasi digunakan untuk pengalaman platform dan penyasaran iklan. Kami tidak menyimpan alamat rumah atau lokasi GPS anda.

2. Penggunaan Akaun

Jangan berkongsi akaun anda dengan orang lain. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda.

3. Larangan Penyalahgunaan Sistem

Anda dilarang cuba memanipulasi jumlah bacaan, like, simpanan atau paparan iklan (advertisement impressions) melalui cara automatik, refresh berulang atau kaedah tidak sah yang lain.

4. Pengeluaran Kandungan

JomBaca berhak mengeluarkan (remove) sebarang kandungan yang melanggar garis panduan platform pada bila-bila masa.

5. Hak Cipta

Anda perlu menghormati hak cipta pencipta kandungan. Jangan menyalin, mengedar semula atau menggunakan kandungan JomBaca tanpa kebenaran.

6. Iklan

Iklan di JomBaca hanya dipaparkan di bahagian footer ketika anda membaca kandungan. Iklan direka supaya tidak mengganggu kandungan utama dan tidak diletakkan di tengah-tengah cerita.

7. Perubahan Terma

JomBaca boleh mengemaskini terma ini dari semasa ke semasa. Penggunaan berterusan platform selepas perubahan bermakna anda bersetuju dengan terma yang dikemaskini.

Lihat juga Polisi Privasi kami.